Roti Bakar Berperisa Kayu Manis Dengan Ceri Dan Lemon

Ceriakan hari anda dengan roti bakar berperisa kayu manis dengan ceri dan lemon yang sedap dan senang dibuat.

Bilangan hidangan

Bahan-bahan

  • 2 biji lemon Sunkist®
  • 2 (21 auns) tin inti ceri pie
  • 3 tin (5 count) jumbo refrigerated cinnamon rolls, frosting reserved
  • Mentega

Masa Persediaan

Penyediaan: 15 minit

Membakar: 25 minit

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 350°F.
  2. Semburkan tepi dulang dengan mentega.
  3. Perahkan jus lemon dan memarut kulitnya.
  4. Dalam mangkuk sederhana, campurkan inti pie dengan 3/4 jus dan parutan lemon. Simpankan jus dan parutan lemon selebihnya untuk membuat krim manis.
  5. Masukkan inti secara rata di atas dulang.
  6. Potong roti gulung berperisa kayu manis kepada dua secara mendatar kepada 30 gulungan nipis.
  7. Letakkan roti gulung di atas inti dalam dulang, mengikut corak 5 x 6.
  8. Bakar roti selama 25 - 30 minit atau sehingga coklat keemasan.
  9. Sementara itu, gaulkan krim yang sedia ada dengan jus lemon selebihnya sehingga sebati dalam mangkuk kecil.
  10. Apabila roti sudah sejuk, taburkan lemon glaze di atas roti.
  11. Hidangkan roti sederhana panas atau mengikut suhu bilik.

    Variasi:
    • Untuk rasa yang lebih unik, tambahkan parutan lemon atas roti bakar berkrim.