Limau Mandarin Satsuma

Limau mandarin yang tidak berbiji ini mempunyai aroma harum. Rasanya menyegarkan dengan nota tropika yang ceria. Boleh didapati dari pertengahan bulan Oktober hingga Januari.

Limau Mandarin Clementine & W. Murcott

Limau mandarin yang paling popular. Buahnya manis, penuh jus dan tidak berbiji. Limau mandarin Clementine boleh didapati dari bulan November hingga Januari, manakala limau mandarin W. Murcott boleh didapati dari Februari hingga April.

Limau Mandarin Royal

Mempunyai sedikit biji dan rasa rempah-manis yang kuat. Kulitnya berwarna merah-jingga dan sedikit kasar. Ia mudah dikopek. Boleh didapati dari bulan Januari hingga pertengahan Mac.

Limau Mandarin Jenis Gold Nugget

Inspirasi di sebalik nama buah ini ialah kulitnya yang molek dan berseri, dengan sedikit bonjol. Isinya pula berkilauan seperti batu permata dan sangat manis. Boleh didapati dari pertengahan bulan Mac hingga Jun.

Limau Mandarin Madu (Honey Mandarin)

Mempunyai rasa dan aroma bernota tropika yang kuat. Kulitnya licin dan nipis, dengan warna jingga yang berkilauan di luar mahupun di dalam. Boleh didapati dari bulan Februari hingga April.