PEGANGAN KAMI

Kami berkembang. Sebagai badan koperasi. Sebagai satu masyarakat. Sebagai petani, keluarga, dan manusia. Kami memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kami berusaha supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.

Kami menyemai. Kami berkongsi.

Kami berusaha untuk kejayaan lebih tinggi. Kami tidak akan puas dengan pencapaian biasa. Benih usaha kami bercambah, dan menumbuh akar yang baru. Kami menuju ke depan tanpa melupakan asal-usul kami di California.

Bekerjasama. Walau tahun silih berganti. Kami terus berkembang: bersama.

KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Kerana inilah sebab anda berada di sini. Kami tak salahkan anda. Tiada siapa yang suka sitrus yang tak berkualiti. Termasuklah kami.

Kami hanya akan menggunakan sitrus yang terbaik. Sebab itulah setiap hari, kami menanam dan menjaga sitrus kami supaya ia mencapai piawaian terbaik untuk menepati jangkaan anda.

KAMI SOKONG KELESTARIAN

Kami pencinta alam semulajadi, dan kami ingin memastikan bumi ini dijaga supaya sitrus berkualiti tinggi dapat terus tumbuh dengan sihat. Para penanam kami telah mula mengguna kaedah lestari seperti kuasa suria, kenderaan emisi rendah dan sistem pengairan jimat air. Kami pasti langkah-langkah ini akan menjamin bumi akan kekal subur.

KAMI TAWARKAN SITRUS ORGANIK

Ramai penggemar sitrus mahukan buah yang segar, berjus, dengan keenakan asli. Kami faham. Beberapa penanam kami telah menyahut cabaran anda dan menjadikan Sunkist pembekal sitrus organik yang disahkan USDA. Ini bermaksud tiada penggunaan racun rumpai atau serangga kimia. Hanya sitrus asli sahaja yang diberi.