Biskut Labu Dengan Glaze Oren

Oleh Jessica Bippen, RD

Bilangan Hidangan

14

Biskut Labu Bahan-bahan

  • 0.25 cawan minyak kelapa
  • 0.66 cawan gula kelapa atau gula merah
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 0.5 cawan puri labu
  • 1.25 sudu kecik rempah labu
  • 2 sudu kecil parutan Sunkist® Navel oren
  • 0.5 sudu kecil serbuk penaik
  • 0.5 sudu kecil baking soda
  • 0.25 sudu kecil garam
  • 1.25 cawan tepung gandum putih

Glaze Oren Bahan-bahan

  • 1 cawan gula tepung atau serbuk buah monk fruit (loh han guo)
  • 3 sudu besar jus oren Sunkist® Navel yang diperah segar
  • 2 sudu kecil Sunkist® Navel oren
  • Secubit garam

PREP TIME

Penyediaan: 15 Minit

Memasak: 15 Minit

Biskut Labu

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar hingga 350°F. Letakkan kertas parkamen di atas kertas roti.
  2. Dalam mangkuk besar atau pengadun berdiri, menyatukan krim bersama minyak kelapa dan gula kelapa. Pukul telur dan labu hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk yang terpisah, menyatukan tepung, serbuk penaik, baking soda, garam laut, dan rempah labu. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung ke bahan basah. Masukkan parutan oren. Campur hingga sebati. Doh akan dirasai lebih basah daripada kebanyakan kuih, sama dengan adunan kek tebal. Biarkan adunan selama 10 minit.
  5. Gunakan 2 sudu besar biskut untuk memindahkan doh ke atas kertas roti yang telah disediakan.
  6. Bakar selama 12-15 minit. Biskut akan disiap apabila bahagian tepinya mulai berwarna keemasan dan bahagian atasnya agak pejal.
  7. Keluarkan biskut daripada ketuhar dan biarkan di atas kertas roti selama 5 minit sebelum dipindahkan kepada rak penyejuk.

Glaze Oren

Cara-cara

  1. Semasa biskut disejukkan, gabungkan gula tepung atau serbuk buah monk fruit (loh han guo) dalam mangkuk yang mengandungi jus oren segar dan parutan oren.
  2. Sekiranya diperlukan, tambahkan 1 sudu teh jus oren pada satu masa sehingga glaze menjadi nipis untuk dilapis di atas biskut dengan mudah (elakkan menambahkan jus terlalu banyak, kalau tidak glaze akan berair).
  3. Setelah biskut telahpun siap disejukkan, tambahkan 1 hingga 2 sudu kecil glaze oren kepada setiap biskut. Hiaskan dengan parutan oren tambahan atau taburan kayu manis.