Pai Flapper dengan Cara Cara Oren

Resepi Pai Flapper dengan Cara Cara Oren yang enak ini dikongsi oleh Sally Camacho Mueller, seorang chef pastri yang terkenal di Amerika Syarikat.

Bilangan Hidangan

7

KULIT PAI
Bahan-bahan

  • 1.5 cawan biskut graham atau biskut Marie (dihancurkan)
  • 0.33 cawan mentega, dicair
  • 2 sudu kecil sirap maple
  • 0.25 cawan gula perang
  • 0.5 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 0.25 sudu kecil garam laut

INTI KASTARD
Bahan-bahan

  • 2.5 cawan susu (whole milk)
  • 0.5 sudu besar kacang vanila
  • 0.33 cawan gula pasir
  • 0.25 cawan tepung jagung
  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil mentega
  • 5 biji oren Cara Cara, segmen

HIASAN MERINGUE
Bahan-bahan

  • 4 biji telur putih
  • 0.25 sudu kecil krim tartar
  • 0.33 cawan gula pasir
  • 0.25 sudu kecil garam laut

PREP TIME

Penyediaan: 1 jam 15 minit

Membakar: 10-12 minit

KULIT PAI

Cara-cara

  1. Campurkan biskut hancur, mentega cair, sirap maple, gula perang, serbuk kayu manis dan garam laut dalam mangkuk. Campurkan sehingga rata.
  2. Campuran siap apabila anda boleh ambil segenggam dan picitkan di telapak tangan anda, dan pastikan ia dibentuk dan bukannya hancur.
  3. Tekan adunan ke dalam acuan pai siaz 9 inci. Simpan 2-3 sudu kecil adunan biskut untuk hiasan.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 350 darjah untuk 10-12 minit untuk bakar kulit pai.
  5. Letak di tepi dan biarkan sejuk ke suhu bilik.

INTI KASTARD

Cara-cara

  1. Mulakan dengan bahan-bahan yang sejuk.
  2. Di dalam periuk, gabungkan susu, kacang vanila yang dikikis dan pod, gula, tepung jagung, dan kuning telur. Kacau dan pukul untuk ratakan sehingga benjolan tepung jagung tidak kelihatan.
  3. Letakkan ke atas api sederhana dan tambahkan mentega. Masak sehingga campuran mendidih.
  4. Rasa kastard sehingga tidak mempunyai rasa tepung jagung. Tempatkan kastard ke dalam bekas bersih atau mangkuk. Letakkan mangkuk ke atas ais untuk menyejukkan kastard secepat mungkin. Sebaik sahaja kastard sejuk, keluarkan pod vanila.
  5. Letakkan separuh daripada kastard di dalam kulit pai. Susun segmen oren Cara Cara diatasnya.
  6. Letakkan separuh lagi kastard diatasnya supaya ia mewujudkan permukaan yang rata.

HIASAN MERINGUE

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk pengadun elektirk dengan whisk attachment, gabungkan putih telur dan krim tartar. Pukul dalam kelajuan yang sederhana sehingga berbuih. Perlahan taburkan gula. Tambahkan garam laut. Pukul sehingga putih telur menjadi kental. Setelah meringue siap, keluarkan dari pengadun. Letakkan meringue di atas pai.
  2. Taburkan adunan biskut ke atas meringue. Bakar di bawah ketuhar pada suhu 350 darjah selama 8 - 10 minit atau sehingga meringue berwarna coklat terang.
  3. Keluarkan dari ketuhar. Biarkan pai sejuk untuk 2 jam.
  4. Hidangkan dan nikmati pada hari yang sama.

    Nota:
    • Boleh membuat satu pai saiz 9 inci.