Kuih Bahulu Perisa Lemon
Manis dan ringan dengan perisa lemon, resepi manisan kegemaran warga Malaysia ini dikongsi oleh Sally Camacho Mueller, seorang chef pastri yang terkenal di Amerika Syarikat.
PREP TIME
Penyediaan: 30-40 minit
Masa Membakar: 20-25 minit
Cara-cara
- Putar telur, gula, madu, parutan lemon, ekstrak vanila dan garam dengan pengadun elektrik. Gaulkan adunan sehingga kembang.
- Tapis tepung kek, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
- Dalam mangkuk lain, campurkan cream dan jus lemon. Gaulkan bahan-bahan yang ditapis ke dalam adunan, dua kali secara bersilang. Akhirnya, masukkan sekali gus semua mentega yang dipanaskan. Ketepikan adunan dan biarkan selama 2 jam sebelum digunakan.
- Untuk menyediakan bekas acuan kuih bahulu, sapukan mentega yang dicairkan.
- Paipkan atau masukkan adunan ke dalam bekas acuan dengan sudu.
- Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan ke suhu 350°F selama 20-25 minit.
- Keluarkan dari ketuhar dan biarkan kuih bahulu sejuk sedikit.
- Kelaurkan kuih bahulu daripada acuan dan nikmatinya.
Notes:
• sediakan adunan sehari sebelum membakar kuih untuk rasa optimum.