Kek Oren Berempah Dengan Whip Greek Yogurt

Hiaskan kek dengan hirisan salutan oren dan hidangkan dengan sekelompok whip greek yogurt dan pasti tetamu anda nak lagi.

Bilangan Hidangan

12

SALUTAN OREN Bahan-bahan

  • 4 biji oren Navel Sunkist®
  • 2 sudu besar jus oren kordial
  • 0.33 cawan gula
  • 3 sudu besar air
  • 1.5 sudu kecil ekstrak vanila

WHIP GREEK YOGURT
Bahan-bahan

  • 1 cawan krim putar (heavy whipping cream)
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 0.25 cawan Greek yogurt tanpa perisa
  • 1 sudu kecil parutan oren Sunkist®
  • 1 sudu besar rosmeri segar, dicincang halus (Pilihan)

KEK OREN BEREMPAH Bahan-bahan

  • 1 paket tepung kek kuning (yellow cake mix)
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 0.5 sudu kecil rempah-ratus
  • 0.25 sudu kecil serbuk cengkih
  • 0.25 sudu kecil serbuk pala
  • 1 sudu kecil parutan oren Sunkist®
  • 1.25 cawan jus oren Sunkist® segar diperah
  • 3 biji telur
  • 0.33 cawan minyak sayuran
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

PREP TIME

Penyediaan: 40 minit

Membakar: 40 minit

SALUTAN OREN

Cara-cara

  1. Potong buah oren dalam hirisan. Ulang dengan buah oren yang lain.
  2. Menggunakan pisau yang tajam, potong nipis penghujung setiap oren. Kemudian potong kesemua kulit oren dengan memotong kulitnya dari atas ke bawah.
  3. Selepas selesai memotong kesemua kulit dan bahagian putih oren, potong oren menjadi kepingan tebal 1/4 inci dan buang semua biji.
  4. Letakkan kepingan oren di dalam dulang pembakar kaca yang besar dan cetek, dan taburkan jus oren kordial ke atas oren.
  5. Dalam periuk kecil, masukkan gula, air dan ekstrak vanila.
  6. Didihkan dengan api yang tinggi untuk 1 minit. Sejukkan, kemudian tuang sirap ke atas kepingan oren.
  7. Balut oren-oren tersebut dengan pembalut plastik dan biarkan ia diperap, sejukkan untuk 30 minit atau selama 1 hari.

WHIP GREEK YOGURT

Cara-cara

  1. Masukkan krim dan gula pasir di dalam mangkuk yang sederhana, kemudian pukul menggunakan whisk sehingga dia naik.
  2. Secara perlahan-lahan, campurkan Greek yogurt, parutan oren, dan rosmeri yang dicincang ke dalamnya.
  3. Sejukkan sehingga waktu untuk hidangkan bersama kek.

KEK OREN BEREMPAH

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar ke 350°F.
  2. Sediakan Bundt pan saiz 12 cawan (sembur pan dengan minyak dan tepung) dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk standing mixer atau mangkuk mixing bowl besar lain, campurkan tepung kek, rempah-ratus, parutan oren, jus, telur, minyak, dan ekstrak vanila. Dengan menggunakan paddle attachment (atau whisk menggunakan tangan) campurkan dengan kelajuan yang sederhana sehingga semua sebati, kikiskan tepi-tepi mangkuk menggunakan spatula.
  4. Tuang adunan ke dalam pan yang disediakan dan bakar selama 35 - 40 minit, atau sehingga lidi atau penguji kek yang dicucuk di tengah kek keluar dengan licin.
  5. Sejukkan pan untuk 10 minit. Kemudian terbalikkan kek dan biarkan ia sejuk. Letak kek yang bertutup di suhu bilik.
  6. Hidang kepingan kek yang dihias dengan hirisan oren dan sekelompok whip Greek Yogurt.