Kek Chiffon Oren

Resepi kek chiffon oren yang enak ini dikongsi oleh Sally Camacho Mueller, seorang chef pastri yang terkenal di Amerika Syarikat.

Bilangan Hidangan

9

KEK CHIFFON OREN
Bahan-bahan

  • 1.66 cawan tepung kek
  • 1 cawan gula kasar
  • 5 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam laut
  • 0.66 cawan minyak sayur, tambah 2 sudu besar
  • 7 biji telur
  • 2 cawan jus oren Navel Sunkist® segar
  • 2 biji oren Navel Sunkist® (parutannya)
  • 1.5 sudu teh krim tartar

AISING
Bahan-bahan

  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu besar jus oren Navel Sunkist® segar
  • 2 biji oren Navel Sunkist®, hirisan

PREP TIME

Penyediaan: 20 minit

Masa Membakar: 35 - 45 minit

KEK CHIFFON OREN

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar ke 350°F. Masukkan tin chiffon ke dalam ketuhar untuk dipanaskan.
  2. Tapis tepung kek, ½ cawan gula kasar, serbuk penaik dan garam laut.
  3. Masak jus oren dalam periuk sehingga mendidih dan airnya dikurangkan sehingga separuh cawan. Biar sejuk sehingga suhu bilik.
  4. Campurkan dan gaul minyak sayur, jus oren yang dikurangkan, parutan dan kuning telur dalam mangkuk. Ketepikan putih telur.
  5. Campurkan semua bahan-bahan yang ditapis dan gaul sehingga sebati.
  6. Dengan pengadun elektrik, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan separuh cawan gula halus secara perlahan-lahan dan terus memutar dengan kelajuan tinggi sehingga putih telur kental. Semasa keluarkan pemukul, putih telur harus lengkung ke atas dan nampak berkilat.
  7. Gunakan spatula getah dan gaul satu pertiga telur putih ke dalam adunan telur kuning dengan oren. Setelah sebati, campurkan telur putih selebihnya ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  8. Keluarkan tin chiffon yang dipanaskan daripada ketuhar dan isikan dengan adunan sehingga dua pertiga penuh. Masukkan semula tin chiffon ke dalam ketuhar dan membakar selama 35 - 45 minit atau sehingga kek masak (Uji dengan mencucuk lidi satay di tengah kek dan lidi keluar bersih).
  9. Biarkan kek sejuk ke suhu bilik, terbalikkan tin chiffon dan mengetuk untuk keluarkan kek.
  10. Hidangkan kepingan kek selepas aising ditaburkan dan dihiaskan dengan hirisan oren.

AISING

Cara-cara

  1. Campurkan gula halus dan jus oren dalam mixer. Gaul sehingga lancer. Gunakan lebih banyak jus oren jika anda lebih suka aising lebih cair.
  2. Taburkan aising di atas kek dan biarkan aising menabur di tepi kek.
  3. Hiaskan sekeliling kek dengan hirisan oren.