Kek Bundt Oren Dengan Mimosa

Kek Bundt ini lembut, lembap dan kaya dengan perisa oren yang semulajadi.

Bilangan hidangan

Kek
Bahan-bahan

  • 15.25 auns super moist yellow cake mix
  • 3 biji telur
  • 0.5 cawan air soda (sparkling water)
  • 0.75 cawan jus oren Sunkist® (Minneola Tangelo atau Valencia), segar diperah
  • 0.33 cawan minyak sayur

Krim
Bahan-bahan

  • 1 cawan gula aising
  • 2 sudu makan air soda (sparkling water)
  • 1 sudu makan parutan oren Sunkist® (Minneola Tangelo atau Valencia)

Masa Persediaan

Penyediaan: 10 minit

Masa Membakar: 35 -40 minit

Kek

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 350°F.
  2. Griskan atau semburkan nonstick Bundt pan dengan semburan minyak masak.
  3. Campurkan adunan kek, telur, air soda, jus oren Sunkist® yang diperah segar dan minyak dalam mangkuk adunan yang besar.
  4. Campurkan dengan pengisar elektrik dengan kelajuan perlahan selama 30 saat. Berhenti dan kikis campuran yang terlekat di tepi-tepi mangkuk, kemudian terus gaul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam pan. Masukkan kek di bahagian rak bawah dalam ketuhar yang dipanaskan selama 35 - 40 minit atau sehingga lidi keluar dengan licin apabila dicucuk di tengah kek. Putarkan pan apabila setengah masak.
  6. Sejukkan kek dalam pan selama 10 minit, kemudian keluarkannya dan letak di atas pinggan kek.

Krim

Cara-cara
  1. Campurkan gula aising, air soda dan parutan oren Sunkist dalam mangkuk kecil.
  2. Kacau sehingga licin dan semburkan krim di atas kek.