Kek Oren Berempah Dengan Whip Greek Yogurt
Hiaskan kek dengan hirisan salutan oren dan hidangkan dengan sekelompok whip greek yogurt dan pasti tetamu anda nak lagi.
PREP TIME
Penyediaan: 40 minit
Membakar: 40 minit
SALUTAN OREN
Cara-cara
- Potong buah oren dalam hirisan. Ulang dengan buah oren yang lain.
- Menggunakan pisau yang tajam, potong nipis penghujung setiap oren. Kemudian potong kesemua kulit oren dengan memotong kulitnya dari atas ke bawah.
- Selepas selesai memotong kesemua kulit dan bahagian putih oren, potong oren menjadi kepingan tebal 1/4 inci dan buang semua biji.
- Letakkan kepingan oren di dalam dulang pembakar kaca yang besar dan cetek, dan taburkan jus oren kordial ke atas oren.
- Dalam periuk kecil, masukkan gula, air dan ekstrak vanila.
- Didihkan dengan api yang tinggi untuk 1 minit. Sejukkan, kemudian tuang sirap ke atas kepingan oren.
- Balut oren-oren tersebut dengan pembalut plastik dan biarkan ia diperap, sejukkan untuk 30 minit atau selama 1 hari.
WHIP GREEK YOGURT
Cara-cara
- Masukkan krim dan gula pasir di dalam mangkuk yang sederhana, kemudian pukul menggunakan whisk sehingga dia naik.
- Secara perlahan-lahan, campurkan Greek yogurt, parutan oren, dan rosmeri yang dicincang ke dalamnya.
- Sejukkan sehingga waktu untuk hidangkan bersama kek.
KEK OREN BEREMPAH
Cara-cara
- Panaskan ketuhar ke 350°F.
- Sediakan Bundt pan saiz 12 cawan (sembur pan dengan minyak dan tepung) dan ketepikan.
- Dalam mangkuk standing mixer atau mangkuk mixing bowl besar lain, campurkan tepung kek, rempah-ratus, parutan oren, jus, telur, minyak, dan ekstrak vanila. Dengan menggunakan paddle attachment (atau whisk menggunakan tangan) campurkan dengan kelajuan yang sederhana sehingga semua sebati, kikiskan tepi-tepi mangkuk menggunakan spatula.
- Tuang adunan ke dalam pan yang disediakan dan bakar selama 35 - 40 minit, atau sehingga lidi atau penguji kek yang dicucuk di tengah kek keluar dengan licin.
- Sejukkan pan untuk 10 minit. Kemudian terbalikkan kek dan biarkan ia sejuk. Letak kek yang bertutup di suhu bilik.
- Hidang kepingan kek yang dihias dengan hirisan oren dan sekelompok whip Greek Yogurt.