“SUP” SAGO LEMON MEYER SUNKIST®

Bilangan Hidangan

4

Bahan-bahan

  • 2 sudu makan Jus Lemon Meyer Sunkist, baru diperah
  • 4 botol Yakult
  • 1 cawan Nata de coco
  • 1 cawan Mangga, dipotong
  • 2 cawan Biji sago, dimasak dan dikeringkan

PREP TIME

MASA PENYEDIAAN: 15 minit

MASA MEMASAK: 45 minit

Cara-cara

  1. Didih 3 cawan air dalam periuk besar. Selepas mendidih, tambah biji sago, dan masak atas suhu sederhana selama 30 minit. Kacau setiap 5 minit.
  2. Matikan api dan tinggalkan untuk 15 minit. Keluarkan air dan bilas dengan air sejuk.
  3. Apabila dihidangkan, tuang sago masak dalam mangkuk, tambah Yakult, jus Lemon Meyer, mangga dan nata de coco mengikut cita rasa anda. Hidangkan segera.