Truffle Coklat Yang Kaya Dengan Oren Navel Berperisa Vanila

Sensasi truffle coklat yang dimasak dengan parutan oren dihias dengan oren Navel berperisa vanila. Pencuci mulut yang kaya dan menyegarkan harus dikongsi!

Bilangan hidangan

POT TRUFFLE Bahan-bahan

  • 150 g Coklat hitam yang berkualiti tinggi
  • 220 ml Krim putar
  • .5 Parutan oren Navel Sunkist®
  • 1 telur

HIASAN TOPPING Bahan-bahan

  • 2 biji Oren Navel Sunkist®
  • .5 sudu kecil Vanila paste

POT TRUFFLE

Cara-cara
  1. Potong coklat kepada kepingan kecil.
  2. Panaskan krim putar dan alihkan daripada api sebelum krim tersebut mendidih.
  3. Tambahkan parutan oren dan coklat. Kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan telur setelah coklat cair dan kacau sehingga rata.
  5. Tuangkan campuran tersebut ke dalam cawan dan letakkan dalam peti pembeku selama 10 - 15 minit.

HIASAN TOPPING

Cara-cara
  1. Buangkan kulit oren dan potong oren tersebut kepada ulasan.
  2. Campurkan ulasan oren dengan vanila paste.
  3. Letakkan di atas truffle coklat.