Sup Lemon Meyer Sunkist®, Tauhu dan Ayam

Bilangan Hidangan

4

Bahan-bahan

  • 3 pucuk Daun Bawang, puncak hijau sahaja
  • 5 keping Halia
  • 8 auns Dada ayam
  • Garam
  • 4 cawan Air
  • 1 pek Tauhu, dipotong kiub
  • 1 sudu makan Serbuk Sup Ayam
  • 2 sudu makan Jus Lemon Meyer Sunkist, baru diperah
  • 1 sudu makan Parutan Lemon Meyer Sunkist
  • Secukup rasa Lada Putih
  • Hiasan Ketumbar, Bawang Hijau dan keping Lemon Meyer Sunkist

PREP TIME

MASA PENYEDIAAN: 10 minit

MASA MEMASAK: 20 minit

Cara-cara

  1. Panaskan periuk dengan suhu sederhana tinggi, masukkan bawang hijau dan halia ke dalam periuk. Kemudian, masak sehingga harum. Taburkan garam atas dada ayam dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Tambah air dan kacau sehingga rata. Rebus untuk 3-4 minit dan keluarkan buih dari sup tersebut sementara ayam dimasak.
  3. Keluarkan dada ayam daripada air dan rehatkan ayam dalam suhu bilik. Selepas itu, cincangkan daging ayam dengan tangan atau garpu.
  4. Keluarkan bawang hijau dari sup, tambah tauhu, ayam, serbuk sup ayam dan jus Meyer Lemon Sunkist serta parutannya. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.
  5. Hidangkan dengan hiasan ketumbar, daun bawang dan keping Lemon Meyer.