Jeruk Kering Sitrus

Ikuti resepi yang mudah ini dan keringkan sitrus kesukaan anda. Gunakannya sebagai hiasan atau untuk menambah kewangian dalam teh, air panas dan mocktail.

Bilangan hidangan

Bahan-bahan

  • 6 biji sitrus Sunkist® (pelbagai jenis)

Masa Persediaan

PENYEDIAAN: 20 minit

Masa Membakar: 6 jam

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 150°F.
  2. Cucikan buah sitrus dan hiriskannya secara seragam (1/8" - 1/4" tebal).
  3. Bentangkan hirisan sitrus di atas dulang dan gunakan dua keping kertas dapur untuk menyerap jus dan terus lapiskan kertas dapur dengan buah.
  4. Untuk membakar, bentangkan hirisan dalam satu lapisan di atas dulang yang dilengkapkan dengan kertas perkamen.
  5. Selepas 3 jam, letakkan sehelai kertas perkamen di atas hirisan sitrus dan tutup dengan dulang yang lain. Angkat kedua-dua dulang dan terbalikkan supaya kedua-dua belah hirisan sitrus dibakar secara rapi.
  6. Masukkan semula ke dalam ketuhar selama 3 jam atau sehingga kering. Hirisan sitrus harus mudah lentur dan tiada jus keluar daripada setiap hirisan.