Jeruk Kering Sitrus
Ikuti resepi yang mudah ini dan keringkan sitrus kesukaan anda. Gunakannya sebagai hiasan atau untuk menambah kewangian dalam teh, air panas dan mocktail.
PREP TIME
PENYEDIAAN: 20 minit
Masa Membakar: 6 jam
Cara-cara
- Panaskan ketuhar kepada suhu 150°F.
- Cucikan buah sitrus dan hiriskannya secara seragam (1/8" - 1/4" tebal).
- Bentangkan hirisan sitrus di atas dulang dan gunakan dua keping kertas dapur untuk menyerap jus dan terus lapiskan kertas dapur dengan buah.
- Untuk membakar, bentangkan hirisan dalam satu lapisan di atas dulang yang dilengkapkan dengan kertas perkamen.
- Selepas 3 jam, letakkan sehelai kertas perkamen di atas hirisan sitrus dan tutup dengan dulang yang lain. Angkat kedua-dua dulang dan terbalikkan supaya kedua-dua belah hirisan sitrus dibakar secara rapi.
- Masukkan semula ke dalam ketuhar selama 3 jam atau sehingga kering. Hirisan sitrus harus mudah lentur dan tiada jus keluar daripada setiap hirisan.