Daging dan brokoli oren Valencia

Bilangan hidangan

Bahan-bahan

  • 0.5 cawan sos hoisin
  • 1 oren Sunkist® Valencia, diparut dan jusnya diperah
  • 1 tangkai brokoli (dalam 4 cawan)
  • 1 paun daging lembu, dihiris nipis dan ditumis (daging lembu sirloin atau stik bulat)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak kanola (atau minyak jagung)
  • 2 sudu kecil bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu kecil halia yang dicincang

Masa Persediaan

PENYEDIAAN: 10 minit

MEMASAK: 10 - 15 minit

Cara-cara
  1. Dalam satu mangkuk kecil, gabungkan sos hoisin, jus oren Sunkist® Valencia segar yang telah diperah beserta dengan parutan kulit buah oren. Letakkan di tepi.
  2. Potong brokoli menjadi bunga-bunga besar, termasuklah batangnya.
  3. Gunakan satu bekas lengkap dengan penutup yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar, dan masak brokoli selama 2 - 3 minit sehingga menjadi lembut. Terdapat pilihan untuk mengukus brokoli.
  4. Keringkan daging yang dihiris dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Taburkan tepung jagung ke atas daging dan gaul hingga sebati.
  5. Panaskan minyak kanola dalam kuali besar yang tidak melekat. Pastikan api tinggi dan sangat panas. Masukkan daging lembu dan masak dengan cepat dalam tempoh lebih kurang 1 minit. Pusingkan daging tersebut menggunakan sudip.
  6. Masukkan halia dan bawang putih and goreng lagi selama 2 minit.
  7. Masukkan brokoli dan jus oren yang diperah. Masak lebih kurang 1 minit lagi, atau hingga kuah menjadi pekat dan menyaluti daging lembu.

    VARIASI:
    • Hidangkan dengan nasi kukus dan hiaskan dengan daun bawang segar yang dihiris.
    • Tambahkan buah berangan yang dihiris untuk sedikit sentuhan rangup.