Batang Ais Sitrus

Resipi yang menarik dan mudah ini dicipta bersama dengan Justina Blakeney, untuk membawa balik kenangan kanak-kanak daripada zaman 90-an.

Bilangan Hidangan

8

SIRAP VANILA Bahan-bahan

  • 1 cawan air didih
  • 1 cawan gula tebu
  • 1 sudu kecil perisa vanila asli

BATANG AIS Bahan-bahan

  • 1 cawan jus oren Valencia Sunkist® segar, diperah
  • 1 cawan jus lemon Sunkist® segar, diperah
  • 1 cawan sirap vanila
  • 8 hirisan atau separuh buah sitrus
  • 8 cawan kertas kecil atau acuan batang ais
  • 8 batang pucuk aiskrim

SIRAP VANILA

Cara-cara

  1. Campurkan gula tebu dengan air yang mendidih. Kacau sehingga gula dibubarkan.
  2. Tambahkan perisa vanila asli dan letak di tepi untuk disejukkan.

BATANG AIS

Cara-cara

  1. Campurkan jus oren dan lemon yang diperah serta sirap vanila dalam jag atau cawan penyukat yang besar.
  2. Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan batang ais atau cawan kertas. Letakkan dalam peti ais selama satu jam atau sehingga batang ais jadi separuh beku.
  3. Pilih antara hirisan atau separuh buah sitrus, mana-mana yang paling sesuai untuk dimasukkan ke dalam batang aiskrim. Cucukan buah sitrus dengan pucuk aiskrim dan masukkan pucuk aiskrim tersebut ke dalam batang ais yang separuh beku.
  4. Bekukan dalam peti ais selama 1-2 jam, atau sampai beku.
  5. Kalau gunakan cawan kertas, sila buangkan cawan kertas sebelum hidangkan.