Tsukune Tostada Ayam Lemon Dengan Lada Shishito dan Salsa Shichimi
Tsukune ialah bebola daging ayam ala Jepun, diperap dengan garam dan dihias dengan parutan lemon. Untuk rasa yang menyegarkan, tambahkan sedikit jus lemon ke atas hidangan pembuka selera ini.
TOSTADA
Cara-cara
- Gunakan alat pemotong biskut untuk memotong 4 keping tortilla berbentuk bulatan kecil daripada kepingan tortilla yang besar.
- Bakar roti tortilla di atas kuali dengan api perlahan dan letak di atas rak.
BEBOLA AYAM TSUKUNE
Cara-cara
- Panaskan ketukar kepada 180°C.
- Potong paha ayam dan membuang tulangnya.
- Cincang ayam secara halus dan memerap dengan sos soya, gula, garam dan parutan lemon.
- Kacaukan telur dan campurkan separuhnya dengan ayam.
- Tambahkan serbuk roti yang dihancurkan semasa membuat bebola ayam dengan sudu.
- Goreng bebola ayam dengan api sederhana dan letakkan di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar selama 8 minit.
SALSA SHICHIMI DENGAN SHISHITO
Cara-cara
- Menghiris lada Shishito.
- Memotong tomato, bawang besar dan daun ketumbar dan campurkan dengan lada.
- Memerap dengan garam dan Shichimi Togarashi.
HIASAN
Cara-cara
- Aturkan tostada dan letakkan salsa serta bebola ayam di atasnya. Menghiaskan dengan parutan lemon, lemon supremes dan secubit Shichimi Togarashi.