Steak Daging Dengan Vinaigrette Lemon Dan Minyak Zaitun
Steak daging panggang ini sangat lembut kerana vinaigrette lemon dan minyak zaitun yang masam boleh melembutkan dagingnya.
PREP TIME
Penyediaan: 15 minit
Memerap: 1 jam
Masak: 15 minit
VINAIGRETTE LEMON DAN MINYAK ZAITUN
Cara-cara
- Campurkan buah zaitun, pasli, oregano atau daun selasih, bawang putih, jus lemon Meyer Sunkist® yang segar diperah, minyak zaitun, serta garam dan lada hitam.
- Letakkan di tepi semasa memanggang daging steak.
STEAK
Cara-cara
- Potong lemak dan urat-urat daging steak. Masukkan steak dalam beg plastik berzip yang besar.
- Campurkan bawang putih, parutan lemon Sunkist®, minyak zaitun, stok daging dan garam dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga rata.
- Tuangkan campuran pemerap dalam beg plastik tersebut (dengan steak), keluarkan angin dalam beg plastik sebelum zipkannya. Goncangkan daging steak dalam beg plastik supaya diperap dengan sebati.
- Memerap dalam peti sejuk selama sejam hingga 4 jam. Goncangkan beg tersebut beberapa kali.
- Sediakan api-sederhana atas gril barbeku arang atau panaskan api sederhana/ tinggi atas gril jenis gas untuk memanggang daging steak.
- Keluarkan daging steak daripada campuran pemerap dan keringkannya. Buangkan campuran pemerap selebihnya.
- Tambahkan garam dan lada hitam atas kedua-dua belah daging steak dan memanggangnya selama 5 - 6 minit untuk sebelah (untuk steak medium rare) ataupun mengikut kesukaan anda.
- Letakkan steak di tepi selama 5 minit sebelum dihidangkan supaya jusnya serap.
- Potong daging steak secara nipis dan lawan urat serta memastikan hirisan daging kemas dan mudah diceraikan.
- Tambahkan vinaigrette lemon dan minyak zaitun atas danging steak dan hidangkan.