Roti Bakar Sitrus Perancis
PREP TIME
MASA PENYEDIAAN: 15 minit
MASA UNTUK SEJUKKAN: Disimpankan semalaman dalam peti sejuk
MASA MEMASAK: 45-50 minit
Cara-cara
- Renjiskan mentega cair ke dalam dulang pembakar kaca bersaiz 9x13-inci. Letakkan di tepi untuk digunakan kemudian.
- Campurkan gula perang dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk kecil. Letakkan di tepi untuk digunakan kemudian.
- Dalam mangkuk sederhana besar, kocok telur bersama jus-jus Sunkist® Meyer lemon dan oren Sunkist Tangelo Minneola, kulit lemon dan oren yang diparut, serta susu. Letakkan di tepi untuk digunakan kemudian.
- Taburkan satu pertiga campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secara sama rata di atas mentega cair di dalam dulang pembakar.
- Potong baguette Perancis menjadi 20 keping dengan ketebalan 1-inci.
- Masukkan 10 keping baguette ke dalam dulang pembakar dan renjis separuh daripada campuran telur tadi ke atas roti.
- Taburkan separuh daripada lebihan campuran gula. Kemudian, letakkan baki roti tersebut di atasnya.
- Renjiskan baki campuran telur dan gula ke atas roti tersebut sekali lagi.
- Tutupkan dengan pembalut plastik. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
- Apabila sedia untuk berhidang, panaskan ketuhar kepada 350°F.
- Buka balutan plastik dan bakar selama 45-50 minit, sehingga berwarna kuning keemasan dan kastard masak.
- Potongkan roti kepada bentuk segi empat. Elok dihidang ketika masih panas.