Ladu Berisi Daging Ayam Dengan Sos Sitrus Ala Sunkist

Resepi yang mudah ini mengajar langkah-langkah membuat ladu Cina. Jamuan yang sedap sekali untuk semua.

Bilangan hidangan

PERAP
Bahan-bahan

  • 1 tbsp kicap soya cair
  • secubit garam
  • 0.25 sudu besar gula
  • 1.5 sudu besar air
  • 0.5 sudu besar tepung jagung
  • secubit lada putih

INTI
Bahan-bahan

  • 1 paun daging ayam dikisar
  • 0.10 cawan cebisan kulat hitam, direndam sehingga lembut
  • 4 auns udang, kupas kulit dan buang tahi udang
  • 1 paket kulit wantan

SOS CILI
Bahan-bahan

  • 0.25 cawan jus oren Sunkist® Cara Cara, segar diperah
  • 2 sudu besar lada Sichuan dengan minyak cili
  • 2 sudu besar bawang putih, dicincang
  • 3 sudu besar sos soya cair
  • 1 sudu besar cuka merah
  • 0.5 sudu besar gula halus
  • 0.5 sudu besar benih jintan, dibakar
  • 0.5 sudu besar benih jintan manis, dibakar
  • 2 sudu besar minyak bijan

Masa Persediaan

PENYEDIAAN: 30 minit

MEMASAK: 45 minit

PERAP

Cara-cara
  1. Gaulkan bahan-bahan perap dalam mangkuk sederhana. Kacau sehingga gula dan garam larut.
  2. Tuangkan campuran pemerap di atas ayam dikisar, campurkannya dan letakkan di tepi selama 10 minit.

INTI

Cara-cara
  1. Tambahkan bahan-bahan inti dan gaulkan.

SOS CILI

Cara-cara
  1. Campurkan bahan-bahan sos cili dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Letakkan di tepi.

LADU BERISI DAGING AYAM DENGAN SOS SITRUS

Cara-cara
  1. Untuk membalut ladu, letakkan kulit wantan di atas permukaan kering. Masukkan 1 sudu kecil inti di tengah-tengah kulit wantan. Basahkan sekeliling kulit wantan dengan sedikit air. (Kulit wantan senang kering; letakkan di bawah kain lembap semasa tidak diguna.)
  2. Lipatkan kulit wantan untuk menjadi bentuk segiempat tepat. Cantumkan bahagian kulit wantan yang disapu air dan pastikan ladu bergelembung udara. Kemudian, lipatkan sudut bawah ladu dan cantumkan dengan sedikit air.
  3. Masakkan ladu dalam air mendidih sehingga mengapung.
  4. Hidangkan dengan sos sitrus, daun bawang dan sel oren Cara Cara sebagai hiasan.