Ladu Berisi Daging Ayam Dengan Sos Sitrus Ala Sunkist
Resepi yang mudah ini mengajar langkah-langkah membuat ladu Cina. Jamuan yang sedap sekali untuk semua.
PREP TIME
PENYEDIAAN: 30 minit
MEMASAK: 45 minit
PERAP
Cara-cara
- Gaulkan bahan-bahan perap dalam mangkuk sederhana. Kacau sehingga gula dan garam larut.
- Tuangkan campuran pemerap di atas ayam dikisar, campurkannya dan letakkan di tepi selama 10 minit.
INTI
Cara-cara
- Tambahkan bahan-bahan inti dan gaulkan.
SOS CILI
Cara-cara
- Campurkan bahan-bahan sos cili dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Letakkan di tepi.
LADU BERISI DAGING AYAM DENGAN SOS SITRUS
Cara-cara
- Untuk membalut ladu, letakkan kulit wantan di atas permukaan kering. Masukkan 1 sudu kecil inti di tengah-tengah kulit wantan. Basahkan sekeliling kulit wantan dengan sedikit air. (Kulit wantan senang kering; letakkan di bawah kain lembap semasa tidak diguna.)
- Lipatkan kulit wantan untuk menjadi bentuk segiempat tepat. Cantumkan bahagian kulit wantan yang disapu air dan pastikan ladu bergelembung udara. Kemudian, lipatkan sudut bawah ladu dan cantumkan dengan sedikit air.
- Masakkan ladu dalam air mendidih sehingga mengapung.
- Hidangkan dengan sos sitrus, daun bawang dan sel oren Cara Cara sebagai hiasan.