Lemonade Bit

Bit segar menambahkan warna yang menakjubkan serta rasa semulajadi yang sedap kepada lemonade ini.

Bilangan Hidangan

8

Bahan-bahan

  • 6 cawan air suam
  • 2 cawan gula
  • 0.5 cawan bit segar, didadu
  • 0.5 cawan jus lemon Sunkist® segar, diperah

Cara-cara

  1. Masukkan air suam, gula dan bit segar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan alihkan daripada api.
  2. Sejukkan dan kisar dengan pengisar.
  3. Tapiskan sirap bit ke dalam kendi besar dan tambahkan jus lemon Sunkist® yang segar diperah.
  4. Kacau dan hidangkan dengan ais.
  5. Boleh disimpan dalam peti sejuk selama 5 hari.