Steak Daging Dengan Vinaigrette Lemon Dan Minyak Zaitun

Steak daging panggang ini sangat lembut kerana vinaigrette lemon dan minyak zaitun yang masam boleh melembutkan dagingnya.

Bilangan Hidangan

4

VINAIGRETTE LEMON DAN MINYAK ZAITUN Bahan-bahan

  • 0.5 cawan buah zaitun tanpa biji, dipotong secara halus (Castelvetrano or Kalamata)
  • 2 sudu makan daun pasli dicincang kasar
  • 2 sudu makan oregano atau daun selasih segar, dicincang
  • 2 sudu makan bawang putih, dicincang
  • 0.25 cawan jus lemon Meyer Sunkist®, segar diperah
  • 6 sudu makan minyak zaitun tambah dara
  • Garam dan biji lada hitam yang segar dihancurkan

STEAK
Bahan-bahan

  • 1 (1/2 - 2 paun) daging steak
  • 1 sudu makan bawang putih, dicincang
  • 1 sudu makan parutan lemon Sunkist®
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 0.25 cawan stok daging
  • 2 sudu kecil garam

PREP TIME

Penyediaan: 15 minit

Memerap: 1 jam

Masak: 15 minit

VINAIGRETTE LEMON DAN MINYAK ZAITUN

Cara-cara

  1. Campurkan buah zaitun, pasli, oregano atau daun selasih, bawang putih, jus lemon Meyer Sunkist® yang segar diperah, minyak zaitun, serta garam dan lada hitam.
  2. Letakkan di tepi semasa memanggang daging steak.

STEAK

Cara-cara

  1. Potong lemak dan urat-urat daging steak. Masukkan steak dalam beg plastik berzip yang besar.
  2. Campurkan bawang putih, parutan lemon Sunkist®, minyak zaitun, stok daging dan garam dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga rata.
  3. Tuangkan campuran pemerap dalam beg plastik tersebut (dengan steak), keluarkan angin dalam beg plastik sebelum zipkannya. Goncangkan daging steak dalam beg plastik supaya diperap dengan sebati.
  4. Memerap dalam peti sejuk selama sejam hingga 4 jam. Goncangkan beg tersebut beberapa kali.
  5. Sediakan api-sederhana atas gril barbeku arang atau panaskan api sederhana/ tinggi atas gril jenis gas untuk memanggang daging steak.
  6. Keluarkan daging steak daripada campuran pemerap dan keringkannya. Buangkan campuran pemerap selebihnya.
  7. Tambahkan garam dan lada hitam atas kedua-dua belah daging steak dan memanggangnya selama 5 - 6 minit untuk sebelah (untuk steak medium rare) ataupun mengikut kesukaan anda.
  8. Letakkan steak di tepi selama 5 minit sebelum dihidangkan supaya jusnya serap.
  9. Potong daging steak secara nipis dan lawan urat serta memastikan hirisan daging kemas dan mudah diceraikan.
  10. Tambahkan vinaigrette lemon dan minyak zaitun atas danging steak dan hidangkan.