Tip Mudah, Diterajui Buah Lemon

Buah lemon bukan sahaja enak dinikmati, malah sesuai digunakan untuk membersih dan menyerikan lagi rumah anda.
(Amaran Spoiler: buah lemon ternyata serba boleh, sangat menakjubkan!)

Untuk haruman seakan rumah baru:

  • Ucapkan selamat tinggal kepada bau busuk dengan mengisar kulit lemon ke dalam alat pembuangan sampah.
  • Ambil potongan separuh buah lemon dan gosokkan ke atas papan pemotong. Bilas, keringkan dan terus lupakan bau-bau kurang enak sebentar tadi. (Maaf ya, bawang-bawang sekalian.)
  • Selepas memasak, gosokkan tangan anda dengan hirisan kecil buah lemon. Gris dan minyak degil akan mudah tertanggal, selain menjadikan tangan lebih wangi dan lembut. Mudah, bukan?
  • Ada pendiang? Campak sebiji lemon, nyalakan api dan nikmati suasana tenang seakan nyalaan lilin beraroma terbesar di dunia! (Jangan cakap kami yang suruh ye)

 

Untuk kelihatan seakan rumah baru:

  • Sental bersih pot tembaga, periuk dan mangkuk dengan jus lemon yang segar.
    Tip pakar: gabungkan garam dengan jus lemon untuk menanggalkan kesan-kesan pengoksidaan.
  • Fakta: Pot dan cerek aluminium sering berubah warna. Fakta tambahan: lemon boleh mengembalikannya kelihatan seakan baru! Isikan dengan air, masukkan jus lemon segar (atau hirisan nipis buah lemon) dan biarkan mendidih. Hasilnya: bersih semula seakan baru! Ajaib, ‘kan?
  • Selain itu, untuk pot yang berubah warna, anda juga boleh mengelap pot dengan kain yang direndam dalam jus lemon, kemudian dibilas dengan air suam untuk kelihatan seakan baru.
  • Untuk yang mempunyai set hidangan kaca (barangkali semua orang), ini tip khas untuk anda. Kembalikan kilauan bekas air atau teko kopi anda dengan menggosok sehiris lemon atau dengan merendamkan ke dalam campuran jus lemon dan air. Bilas dengan bersih dan keringkan dengan kain.

 

Untuk bahagian lain:

  • Tanggalkan kesan kotoran dari pakaian dengan mencampurkan 1/3 cawan jus lemon dengan air. Rendam, basuh dan nikmati jalan pintas ini!
  • Ada taman? Pertama sekali, tahniah diucapkan. Kedua, gunakan kupasan kulit lemon sebagai baja bagi tanaman yang memerlukan asid yang lebih.