Buah Oren yang Serba Hebat

Bukan lagi rahsia yang Oren Navel
Cara Cara kaya dengan vitamin A dan C.

(Kami mungkin pernah beberapa kali menyatakan fakta ini.
Sememangnya, kami pun tumpang bangga.)

Namun, mungkin anda tidak tahu yang buah
ini juga mengandungi zat-zat penting seperti
folat, serat dan kalium. Malah, bukan atas dasar
ini sahaja ia dikenali sebagai Buah Oren Terhebat.

Sedar tak isinya yang berwarna merah jambu?
(Tak kan tak sedar pula, ‘kan?) Ini kerana kandungan
likopena yang merupakan antioksidan yang sangat baik
untuk anda, di samping mencantikkan lagi oren Cara Cara.
Kehebatan Oren yang sememangnya mengagumkan!