Aromaterapi Alam Semula Jadi
Terbukti! Haruman sitrus segar sewaktu
mengupas kulit oren atau menghiris halus kulit
lemon mampu menceriakan hari anda.
Aroma ini dipercayai dapat menghasilkan persekitaran
yang aman damai, di samping membantu sewaktu beristirahat.
Untuk buah oren, ini disebabkan ‘linalool’ – sejenis
kandungan yang hadir dalam minyaknya. Sekiranya anda
lebih suka buah mandarin atau limau gedang, berita baik:
harumannya boleh membantu anda bersantai dengan tenteram.
Oleh itu, teruskan menikmati keasyikan aromanya yang menenangkan.