KEKAL SIHAT SETIAP HARI

DAN HARI SELEPASNYA, DAN…SEMUA HARI-HARI SETERUSNYA.

Gaya hidup sihat bermula di dapur. Sitrus setuju dengan kenyataan itu. Ia boleh digunakan dalam pelbagai resipi yang membekalkan tenaga untuk rutin senaman anda, seperti Protein Power Ball Berperisa Sitrus ini. Dalam persiapan makanan, sitrus pasti boleh membantu anda sepanjang minggu dengan sekeping lemon di sini, dan sebiji lemon panggang di sana. Kalau anda mencari rasa yang lebih menarik, gunakannya dalam perap yang enak. Ia akan rasa seperti memasak ayam (atau salmon, atau salad) buat kali pertama.

Walaupun sitrus merupakan sumber vitamin C dan vitamin A, ia juga mengandungi nutrien lain yang bantu mengekalkan rutin kesihatan anda: potasium. Ia membantu kekalkan elektrolit badan, dan potasium membantu anda kekal terhidrat dengan satu cara mudah: menambah sitrus ke dalam air. Mudah sekali.

Jika anda mencari ganjaran untuk semua kerja keras anda di atas tikar yoga, sitrus merupakan ganjaran yang hebat.