• Masa Persediaan: 40 minit
  • Masa Masak: 10 minit
Salmon Panggang dengan Perapan Soya Halia Oren

Bilangan Hidangan

2

Bahan-bahan

  • 2 fillet salmon
  • 2 mangkuk nasi yang dimasak
  • 2 sudu besar minyak kanola
  • 1 sudu kecil bijan
  • 1 tangkai bawang hijau (potong dadu)

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar kicap
  • 1 biji oren Navel Sunkist®
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil halia cincang
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara-cara

  1. Basuh dan potong oren separuh, dan perah jus dari separuh oren.
  2. Kupas kulit oren dari separuh lagi oren dan keluarkan oren.
  3. Basuh fillet salmon dan keringkan dengan tuala kertas dapur.
  4. Parut halia dan bawang putih.
  5. Campurkan bahan perapan dengan jus dan buah oren, tuang separuh ke dalam salmon dan perap sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman. Simpan separuh lagi perapan untuk drizzle.
  6. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan minyak, letak bahagian kulit salmon di atas kuali dahulu, dan goreng selama 3 minit atau sehingga garing.
  7. Terbalikkan salmon, masukkan perapan dalam bekas dan goreng selama 2-3 minit lagi dengan api sederhana rendah.
  8. Masukkan nasi dalam mangkuk, tambah salmon dan drizzle dengan baki perapan.
  9. Hidangkan panas dengan sedikit bijan dan bawang hijau.

    Pilihan:
    • Cara lain untuk menggunakan kulit oren: Semasa anda memasak nasi, masukkan kulit oren ke dalam nasi untuk memberikan aroma oren pada nasi.
    • Kaedah memasak yang lebih mudah: Masukkan kedua-dua salmon dan perapan terus ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C atau penggoreng udara selama 12 minit.
    • Selain untuk memerap salmon, sos ini juga sesuai untuk daging lembu dan ayam!