Sagu Oren Kelapa
By Joyce Shih
- Masa Persediaan: 3 jam 15 minit
- Masa Masak: 15 minit
Sagu Oren Kelapa
By Joyce Shih
Cara-cara
- Mutiara sagu hendaklah dimasak di dalam periuk air yang mendidih dengan api sederhana besar. Gaul selalu untuk mengelakkan sagu dari berketul.
- Selepas 10 minit, kecilkan api dan tutup periuk. Masak selama 5 minit lagi sehingga sagu matang.
- Tapis dan bilas sagu di bawah air sejuk untuk mengeluarkan lebihan kanji dan ketepikan.
- Kisar jus oren, santan, sirap gula melaka dan garam hingga lumat.
- Masukkan sagu yang telah ditoskan ke dalam cawan hidangan dan tutup dengan adunan oren. Masukkan sagu ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 3 jam.
- Untuk hidangan, tambahkan segmen oren dan topping kegemaran anda.