• Masa Persediaan: 3 jam
  • Masa Masak: 15 minit
Image

Bilangan Hidangan

1

Acar Bahan-bahan

  • 1 biji oren Cara Cara Sunkist
  • 200g timun batang
  • 250g kobis
  • 75g lobak merah
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu kecil garam
  • 70g pes rempah nyonya
  • 60g kacang (dipanggang & ditumbuk kecil)
  • 2 sudu besar biji bijan (dipanggang hingga naik bau)

Jeruk Bahan-bahan

  • 75ml cuka
  • 4 sudu besar gula
  • Secubit garam


Sediakan sayur-sayuran

Cara-cara

  1. Timun - potong berukuran 5x0.5cm, biji dibuang
  2. Kobis - koyakkan kepada kepingan 5x5cm
  3. Lobak merah - kupas kulit, potong berukuran 5x0.5cm
  4. Cili - buang biji dan hiris serta potong halus

Cara-cara

  1. Tabur garam di atas sayur-sayuran dan biarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit, bilas dengan air & perah sayur untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan. Biarkan sayur kering selama beberapa jam (atau secara tradisional, biarkan kering di bawah matahari)️. Lebih kering, lebih rangup & lebih tahan lama untuk disimpan di dalam peti ais.
  2. Kisar pes nyonya rempah dan masak pes sehingga wangi & pecah minyak.
  3. Masukkan air jeruk, sayur-sayuran & tumis selama kira-kira 3 minit.
  4. Taburkan separuh kacang tanah & separuh biji bijan. Gaul sebati.
  5. Pindahkan acar nyonya ke dalam pinggan & biarkan sejuk pada suhu bilik.
  6. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. Rasanya lebih enak pada hari berikutnya apabila air jeruk meresap ke dalam sayur-sayuran.
  7. Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan lebih banyak kacang tanah, biji bijan & segmen oren Sunkist.