BAIK, TAPI APA YANG MEMBUATNYA HEBAT?
Terdapat pelbagai kebaikan dalam oren Sunkist dan buah sitrus lain. Selain khasiat asli lain – Vitamin C (satu antioksidan) merupakan teman terbaik bagi sistem imun anda. Ia juga vitamin yang bagus untuk kesihatan kulit. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen yang memastikan kekentalan dan kesihatan kulit, dan membantu dalam penyembuhan luka. Cuma ada satu masalah sahaja, ia tidak dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Ini merupakan satu lagi sebab sitrus perlu dimakan dengan kerap.
FAKTA MENARIK LAIN:
- Vitamin C mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Vitamin C mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga mungkin berkait dengan pengurangan risiko menghidapi kanser. Walaupun tiada makanan yang boleh lindungi kita daripada kanser dengan tersendiri, kajian terhadap sitrus menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
- Bukan penggemar daging? Berita baik: vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi daripada sayuran.
- Disebabkan peranannya dalam penghasilan kolagen, vitamin C mungkin dapat membantu mereka yang melalui pembedahan.