grapescrub-banner.jpg

Penyental Limau Gedang

Alang-alang seronok ber-DIY, apa kata belai tangan anda dengan rawatan yang penuh kasih sayang.

Penyental limau gedang ini menjadikan kulit tangan selembut sutera, dan kuku kelihatan sihat berkilau.

 

Apa yang anda perlukan:

  • ¾ cawan gula organik
  • ¼ cawan jus perahan segar limau gedang Sunkist®
  • ¼ cawan minyak biji anggur
  • 1 sudu besar madu

 

Arahan:

Gabungkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar, dan sapukan pada tangan anda dengan mencelup sehiris limau gedung ke dalam campuran tersebut. Urut tangan, dan kemudian litupi dengan tuala kecil yang suam untuk rawatan yang sungguh menenangkan.