Lemon-Scrub_Section-1_LowRes.jpg

Penyental Badam Lemon.

Gagal dalam usaha Pinterest anda?
Tidak mengapa, penyental ini pasti bersesuaian dengan anda.

Mudah dihasilkan, dan elok untuk kulit juga. Terasa bersih, segar dan pastinya bertenaga untuk menjalankan satu lagi projek DIY. (Keterangan lanjut dalam bahagian seterusnya.)

 

Apa yang anda perlukan:

  • 30 biji badam
  • Hirisan halus daripada 3 biji lemon Sunkist®
  • 3 sudu besar jus perahan segar lemon
  • 3 sudu besar madu

 

Arahan:

Kisar badam dan hirisan lemon di dalam pengisar kopi atau alat pemproses makanan. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kecil dan campurkan dengan jus lemon dan madu sehingga terhasilnya krim yang bertekstur.

Sapukan campuran tersebut ke wajah, dan urut secara gerakan memutar untuk menanggalkan dan membersihkan kekotoran selain menyental kulit dengan lembut. Bilas dengan air suam dan nikmati kulit yang lembut dan mulus. Terasa bahagia, bukan?