Limau Gedang yang Mengagumkan

Limau Gedang terbukti dapat menurunkan berat badan anda.
(Berdasarkan kajian selama 12 minggu yang dikenali sebagai
“Diet Limau Gedang”. Selama 12 minggu, beberapa orang dewasa
yang memakan separuh potongan limau gedang tiga kali sehari
sebelum setiap hidangan telah kehilangan sebanyak 3.6 paun.)
Selain itu, ia juga mampu melawan sesetengah jenis penyakit kanser.

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak ada satu jenis makanan yang
mampu menjamin perlindungan daripada penyakit kanser. Namun,
kajian menunjukkan apabila anda menambahkan makanan berasaskan
tumbuhan ke dalam diet harian anda, usaha ini dapat membantu
merendahkan risiko kanser. Penting, bukan?