SITRUS MEMBANTU PERKEMBANGAN

DAN KELUARGA ANDA YANG SEDANG BERKEMBANG JUGA

Semua orang menyukai khasiat yang dibekalkan sitrus, terutamanya mereka yang bakal menjadi ibu. Antara pilihan kegemaran kami (walaupun kita tak sepatutnya memilih – ibu kata itu tidak sopan) mengandungi folate. Ia menggalakkan pertumbuhan sel yang sangat penting bagi ibu mengandung. Ia boleh ditemui dalam pelbagai sitrus seperti oren California, atau Pummelo dan tangelo Minneola, dan membekalkan 80% daripada keperluan folate harian anda.

Apa lagi kelebihan sitrus untuk si ibu? Sitrus kaya dengan vitamin C. Vitamin ini bukan sahaja menguatkan sistem imun badan, ia juga membantu dalam penyerapan zat besi (perkara yang penting ketika mengandung, terutamanya jika anda mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran).

Dan sama seperti sayuran dan tumbuhan, anda juga perlukan sitrus untuk kekal terhidrat.