Sitrus Sememangnya Terbaik untuk Anda

Tidak kira sitrus mana pun yang menjadi pilihan, kesemuanya menawarkan manfaat kesihatan yang tiada tandingan.

Kesihatan optimum yang diketuai sitrus

Sitrus adalah sumber utama flavonoid. (juga dikenali sebagai antioksidan)
(Yang melindungi sel-sel anda dari mengalami kerosakan.) Selain namanya yang menarik, flavonoid di dalam sitrus bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan otak yang lebih baik.
Tak perlu fikir panjang, jadikan sitrus amalan diet harian anda.

Jantung pun perlukan kasih sayang

Vitamin C memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung, dan secara kebetulan, sitrus diperkaya dengan vitamin tersebut. Beberapa jenis buah oren dan limau gedang juga mengandungi serat yang sememangnya nutrien terbaik untuk jantung yang lebih sihat. Hebat, bukan?

Ibu segala zat nutrien

Oren sumber yang sangat baik untuk folat, yang merupakan nutrien yang penting sewaktu hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan sel yang optimum. Hasil alam semula jadi yang terbaik untuk kandungan anda.

Ikuti nasihat doktor

Sekiranya ada demam dan selsema, amalkan memakan Oren Navel Cara Cara atau limau gedang. Kedua-duanya sumber yang kaya dengan vitamin A dan C, yang membantu menguatkan sistem imun badan anda, selain mengurangkan keperluan untuk gula-gula batuk dan tisu yang berlebihan.

Hebat untuk kulit berseri

Tahukah anda sitrus diperkaya dengan vitamin C? Ini menjadikannya berkhasiat untuk kulit yang lebih sihat. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen, lantas menjadikan kulit lebih tegang dan anjal.