Tangelo Minneola

Boleh dikenali melalui tombol pada tangkainya. Mengandungi banyak jus dengan rasa masam manis yang ketara. Boleh didapati dari pertengahan bulan Disember hingga April.

Tangelo Orlando

Dikenali kerana rasa enaknya yang tidak begitu masam dan penuh jus. Bentuknya sedikit leper. Kulitnya melekat pada isinya dan berwarna jingga muda serta berkedut. Boleh didapati dari pertengahan bulan November hingga Januari.

Limau Tangerin Ojai Pixie

Namanya mengenang daerah Ojai yang subur di California Selatan, iaitu tempat ia ditanam. Limau ini agak kecil, dan seperti namanya, tidak berbiji dan amat manis. Boleh didapati dari pertengahan bulan Mac hingga Mei.

Limau Tangerin Fairchild

Gabungan rasa rempah dan masam yang kompleks. Bentuk dan warnanya agak unik, iaitu leper sedikit dengan kulit berwarna jingga tua dan isi berwarna jingga cerah. Boleh didapati dari pertengahan bulan Oktober hingga pertengahan Januari.