Teh Herba Sitrus

Bilangan Hidangan

6

Bahan-bahan

  • 10 biji oren Sunkist
  • 1.5 cawan gula
  • 1 sudu bunga cengkih
  • 5 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu teh hitam
  • 2 biji lemon Sunkist, dihiris
  • 1 tin jus nenas

Cara-cara

  1. Parut 5 biji oren dan letak di tepi.
  2. Perah 10 biji buah oren dan letak di tepi.
  3. Simpan separuh jus oren tadi untuk digunakan kemudian.
  4. Guna periuk kecil dan tumis parutan oren dengan menggunakan api sederhana panas sehingga wangi. Kemudian, letak parutan oren yang telah dimasak di tepi.
  5. Tuang jus oren sebanyak 5 biji ke dalam periuk kecil, dan tambah secubit gula.
    Masak menggunakan api sederhana panas sehingga tinggal separuh. Selepas itu, tambah parutan oren ke dalam jus tersebut.
  6. Asing jus dan parutan oren dari periuk dan letak di tepi.
  7. Tuang 8 cawan air, bunga cengkih dan kulit kayu manis ke dalam periuk besar.
    Panaskan dan biarkan mendidih selama 10 minit
  8. Tambah teh hitam dan rendam selama 10 minit. Kemudian, guna penapis untuk mengasingkan bunga cengkih, kulit kayu manis dan teh dari campuran tersebut dan masukkan kembali jus ke dalam periuk.
  9. Tambah jus oren separuh tadi dan parutan oren, baki jus oren segar tadi, jus nenas, kepingan lemon dan gula. Tambahkan 2 ¼ cawan air.
  10. Panaskan campuran teh mengikut suhu yang diinginkan dan hidang.