Spritzer Halia Dengan Oren

Resepi oleh Chef Lynda Santos dari Restoran Healthy Junk di Amerika Syarikat.

Bilangan Hidangan

1

Bahan-bahan

  • 0.5 cawan jus oren Valencia Sunkist®, diperah segar
  • 0.25 cawan jus halia
  • 2 sudu besar agave
  • 0.5 cawan air soda (sparkling water)

Cara-cara

  1. Campurkan jus oren Valencia yang segar diperah, jus halia dan agave dalam gelas.
  2. Tambahkan ais dan air soda.
  3. Hiaskan dengan daun pudina mengikut suka hati.

    Pilihan:
    • Daun pudina segar