Risotto Lemon Meyer

Chef Cindy Pawlcyn, Napa Valley, CA

Bilangan Hidangan

4

Sayur Panggang Bahan-bahan

  • 0.5 brokoli Romanesco berkepala kecil dipotong menjadi bunga kecil
  • 1 biji buah jintan hitam dipotong kecil (lebih kurang ½ inci setiap potogan)
  • 0.5 Lemon Meyer segar, diparut dan diperah untuk jusnya
  • Minyak zaitun extra virgin
  • Garam
  • Lada hitam segar

Risotto Bahan-bahan

  • 1 kuart (4 cawan) stok ayam atau sayur
  • 4 sudu mentega tidak bergaram
  • 1 tangkai daun bawang yang dicuci bersih, dipotong menjadi dadu
  • 1 cawan beras Carnaroli
  • 0.5 cawan keju Parmesan (diparut)
  • 1 kuning telur
  • 1 Lemon Meyer, diparut dan diperah untuk jus

Sayur Panggang

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada 400°.
  2. Cincang 2 sudu kecil tangkai dan daun jintan hitam sebagai hiasan, telak di tepi untuk diguna kemudian.
  3. Masukkan sayur ke dalam kuali panggang yang mempunyai sisi rendah supaya sayur masak dengan lebih mudah. Toskan sayur dengan minyak zaitun, parutan lemon dan jus lemon. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan sayur ke dalam ketuhar dan panggang. Gaul sekali-sekala sementara membuat risotto sehingga sayur masak dan lembut. Biarkan panas.

Risotto

Cara-cara

  1. Sementara sayur sedang dimasak, masukkan stok ke dalam periuk untuk direneh.
  2. Cairkan 2 sudu mentega menggunakan periuk atau periuk jenis paella pada suhu sederhana panas. Tambahkan beras dan kacau sehingga beras disaluti mentega. Tambah daun bawang dan kacau selama beberapa minit. Selepas itu, tambah beberapa senduk sup sehingga cukup untuk meliputi nasi. Teruskan kacau semasa nasi menyerap sup. Nasi tersebut tidak boleh ditenggelami sup namun tidak juga boleh terlalu kering. Proses ini mengambil masa kira-kira 30 minit.
  3. Gaulkan kuning telur, parutan lemon dan jus lemon, ½ keju Parmesan dan baki mentega tadi. Gaulkan bersama nasi panas sehingga sebati.
  4. Bahagikan risotto kepada 4 pinggan. Letakkan sayuran di atas, dan hiaskan dengan tangkai dan daun jintan hitam yang dicincang serta baki keju Parmesan.