Kek Oren Dengan Oat Terbalik

Kek terbalik ini dibuat dengan oren, oat, kismis, serbuk kayu manis, buah pala dan pecan. Sesuai untuk musim cuti.

Bilangan Hidangan

8

Bahan-bahan

  • 0.66 cawan rolled oats
  • 0.5 cawan kismis
  • 0.75 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 0.25 sudu kecil serbuk buah pala
  • 1 sudu makan parutan oren Sunkist®
  • 0.75 cawan air mendidih
  • 3 sudu makan gula hitam
  • 1 biji oren besar Navel Sunkist®, dihiris
  • 0.66 cawan gula hitam
  • 0.66 cawan gula kasar
  • 1 telur
  • 0.33 cawan minyak sayur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 0.75 sudu kecil serbuk penaik (baking soda)
  • 0.25 sudu kecil garam
  • 0.5 cawan kacang pecan, dicincang

PREP TIME

Penyediaan: 10 minit

Masak: 1 jam

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 350°F.
  2. Gaulkan oat, kismis, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan parutan oren Sunkist® dalam bekas tahan panas dan campurkan air mendidih ke dalam capuran ini. Letakkan di tepi selama 15 minit.
  3. Sementara menunggu, sediakan dulang dan hirisan oren. Masukkan mentega dalam dulang bulat kek 9-inci jenis nonstick dan letakkannya ke dalam ketuhar untuk mencairkan mentega (sekitar 1 - 2 minit).
  4. Memotong tepi oren dan menghiris 8 - 10 hirisan nipis oren Navel Sunkist® termasuk kulitnya.
  5. Menabur 3 sudu makan gula hitam atas hirisan oren dan letakkan hirisan oren Navel Sunkist® mengikut corak yang cantik dalam dulang.
  6. Campurkan 2/3 cawan gula hitam, gula kasar, telur, dan minyak ke dalam mixer atau mangkuk besar dan kacau sehingga sebati.
  7. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk kecil dan tambahkan ke dalam campuran gula.
  8. Tambahkan oat dan kacang pecan dan gaulkan sehingga sebati.
  9. Masukkan adunan ke dalam dulang kek secara berhati-hati, tanpa merosakkan corak oren. Hentakkan loyang sedikit untuk mengeluarkan buih udara dalam adunan kek.
  10. Bakar dalam ketuhar selama 45 - 55 minit atau sehingga kek masak.
  11. Selepas keluarkan kek daripada ketuhar, letak di tepi selama 5 minit. Longgarkan tepi kek dengan menggunakan pisau meja dan terbalikan kek atas pinggan yang besar.